UNTUK RENUNGAN BERSAMA

12/08/2010 09:51

Ketahuilah sahabatku semuslimah, bahan bakar neraka itu terdiri daripada kayu-kayan, batu batan dan manusia yang engkar, sedangkan manusia yang menjadi bahan bakar itu yang paling ramai adalah kaum perempuan. Semoga kita tidak tergolong di antaranya. Amien3x…

Maka dengan itu sahabatku, sama-samalah kita perlihara diri kita. Iman, hati juga peribadi… Iman yang bersih, mencorakkan hati yang tulus dan ikhlas dalam beribadah kepada al-Khaliq, sementara itu hati yang tulus dan ikhlas dalam beribadah akan mencerminkan peribadi muslimah yang unggul di sisi manusia bahkan tinggi darjatnya di sisi Rabnya..

Justeru sahabatku semuslimah, bangkitlah dari lenamu yang panjang. Dunia ini hanya ujian.. Segala yang ada di sini hanyalah pinjaman semata. Segalanya akan kembali kepada yang empunya. Hanya menanti saat yang kita sendiri pun tidak pasti saat tibanya. Marilah kita sama-sama membina akhlak perkerti yang mulia. Jangan kerana kita, Ayah,suami dan anak-anak lelaki kita menjadi bahan bakar neraka lantaran sikap kita yang membelakangkan syariat islamiah!!

Oleh itu wahai kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh
kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot. com):-

1.Tudung ‘ Mickey Mouse’
-Pemakaian tudung yang hanya menutup
bahagian rambut dan kepala tanpa
menutup kedua-dua telinga.Barangkali
untuk menunjukkan subang atau apa-apa
perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk
ialah apabila tudung tersebut dililit
sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah
menutup keseluruhan kepala termasuk
telinga tetapi tidak dilabuhkan
menutup dada dan hanya dililitkan di
leher sahaja.Kriteria menutup dada
tidak dipenuhi seolah-olah ingin
menayangkan kurniaan yang tidak
diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung ‘See Through’
-Salah satu jenis tudung yang popular
ini banyak dilihat di merata
tempat,kain tudung yang nipis
menampakkan leher dan telinga walaupun
telah menutup lengkap.Lebih teruk jika
tidak memakai anak tudung kerana ianya
seperti TIADA BEZA DGN MEREKA YANG TIDAK BERTUDUNG.(baik tak ya pakai)

4.Tudung Jambul
-Pemakaian jenis ini banyak
dipromosikan dalam drama-drama Melayu
yakni menutup separuh rambut di
bahagian belakang dengan membiarkan
yang depannya tersembul keluar seperti
jambul unta.

5.Tudung ‘Singlet’
-Tudung yang sempurna tetapi dengan
hanya memakai lengan pendek
menyebabkan aurat dan lain-lain
perhiasan yang sepatutnya ditutup
daripada menjadi tatapan umum.Tiada
kelongaran hukum tentang penutupan
aurat di kawasan awam hatta hanya
untuk bersukan.

6.Tudung Saji
-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung
atau lebih tepat dikatakan selendang
yang hanya menjadi perhiasan leher.

Boleh dilihat di kenduri-kenduri
kematian yang mana selendang tersebut
akan turun dan naik diangkat si
pemakai seolah-olah menjadikannya
seperti tudung mengikut keperluan
situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung
yang kurang sempurna dan perlu
diperbetulkan bagi menepati roh
syariat yang sebenar sekaligus
menggapai hikmah disebalik penetapan
kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya
Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada
wanita-wanita yang berpakain namun
(hakikatnya) telanjang. Di atas kepala
mereka seperti pundak unta. Kutuklah
mereka karena sebenarnya mereka adalah
kaum wanita yang terkutuk."(At-
Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu kata laman web terbabit ada
juga muslimah bertudung di kalangan
kita yang memakai seluar jeans dan
sebagainya sehingga menampakkan susuk
tubuh mereka dan alasan kepada
pemakaian tersebut tidak lebih hanya
sekadar untuk menjalani rutin harian.

"Inilah kejayaan musuh Islam apabila
perkara ini ummat Islam menganggapnya
sesuatu perkara yang biasa dan remeh
dalam masyarakat.Perkara yang dianggap
biasa ini menular dalam pemikiran
masyarakat sehingga konsep penutupan
aurat yang sempurna itu dicabuli
dengan mudah," kata laman
ibnyusof.blogspot. com

Semoga kaum hawa tidak lupa kepada
Firman Allah yang jelas:-

"Katakanlah kepada wanita yang
beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa - muka dan tapak tangan)
nampak dari padanya.Dan hendaklah
mereka menutupkan Al-Khimar (tudung) kedadanya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya
kecuali kepada suami mereka…"